Tuesday, 30 August 2016

1.2 KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
JENIS-JENIS PENCEMARAN
 
1.PENCEMARAN OLEH FAKTOR SECARA SEMULAJADI .
 Pencemaran secara semulajadi bermaksud pencemaran bukan punca manusia(kuasa dan kemahuan  tuhan).Contohnya tsunami,letusan gunung berapi,gempa bumi,ribut dan sebagainya.







2.PENCEMARAN OLEH FAKTOR MANUSIA 
 Pencemaran ini disebabkan sikap segelintir manusia yang tidak mempunyai sikap bertimbang rasa dan tanggungjawab mahupun cinta akan negara untuk menjaga alam semulajadi.Antara pencemaran yang disebabkan oleh manusia ialah:

A)PENCEMARAN UDARA
-Iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera.Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon Monoksida,Sulfur dioksida,klorofluorokarbon(CFC),nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
-Kesannya:
a)SESAK NAFAS
b)RADANG PARU-PARU
c)ASMA
d)PENYAKIT MATA






B)PENCEMARAN AIR
-Iaitu seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eurtopikasi,hingga mengubah kandungan,keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi,kimia atau fizik.
-Kesannya:
a) MENJEJASKAN KESIHATAN
b)HIDUPAN LAUT AKAN PUPUS
c) KEINDAHAN ALAM SEKITAR AKAN TERJEJAS





 
C)PENCEMARAN TANAH
-Iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat,hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.
-Kesannya :
a)HAKISAN TANAH
b)MEMBUNUH HAIWAN DIBAWAH TANAH
c)MENJEJASKAN KESIHATAN
d)KEKURANGAN TANAH SUBUR





D)PENCEMARAN RADIOAKTIF
-Iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling
-Kesannya:
a)KECACATAN JANIN
b) KECACATAN GENETIK




E)PENCEMARAN BUNYI
-Iaitu yang disebabkan hingar jalan raya,pesawat dan industri,biasanya melebihi 80dB(adalah satuan untuk mengukur intensitas suara atau bunyi).
-Kesannya:
a)Pekak 
bTelinga berdarah 


F)PENCEMARAN CAHAYA
-Iaitu yang disebabkan penyinaran(iluminasi)lebihan,lazimnya di bandar besar
-Kesannya:
a)Rabun
b)Pening kepala
c)Migrain  


G)PENCEMARAN TERMA
-Iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia seperti penggunaan  air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik
a)Kematian
b)Pencairan ais di kutub
c)Ribut  taufan  dan angin monsun 


H)PENCEMARAN VISUAL
-Iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam,ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan
-Kesannya:
a)Memberi pandangan negatif kepada masyarakat 


No comments :

Post a Comment

latest posts