Tuesday, 30 August 2016

PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR.

Pengenalan.
Pembangunan
 -Pembangunan iaitu kebendaan dan manusia(akhlak dan kerohanian) dari perkembangan fizikal,intelektual dan emosi yang perlu dibangunkan serentak dengan pembangunan kebendaan.

Alam Sekitar
-Kebendaan yang sedia ada yang dicipta oleh Tuhan untuk kegunaan manusia dan haiwan dari segi fizikal dan rohani.Alam sekitar merupakan titik utama dalam pembangunan untuk menaik taraf kemajuan manusia di muka bumi seperti dalam surah al-quran yang diturunkan.


FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH IBRAHIM AYAT:32

Maksud:"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu,dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya,juga memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat dari Nya.."

 1.1KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang.Namun,dalam kepesatan pertumbuhanannya itu,kegiatan pembangunan juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan perusahaan atau perkilangan menjadi punca kepada pencemaran udara,manakala pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat dijalankan juga menganggu ekosistem dan boleh mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang boleh mencemarkan udara dan air.,kegiatan perladangan dan sebagainya.Boleh rujuk video dan  gambar tersebut untuk menambah kefahaman.







No comments :

Post a Comment

latest posts