MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara ,pembelaan,perawatan manakala pemuliharaan adalah perihal proses,usaha,perbuatan memulihara sesuatu.Dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar melalui amalan sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari( tidak berubah-ubah,kekal tetap ),berkualiti dan seimbang.
-Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
-Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar
-Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global
-Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan
-Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang
-Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas
-Untuk memastikan bahawa bekalan logam dan bukan logam di dalam kerak Bumi tidak kehabisan
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
ANTARA LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKSANKAN BAGI TUJUAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:
a)Penghutanan semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan supaya kembali seperti hutan.Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan.
b)Mewartakan hutan simpan dan taman negara
Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus.Contoh:
-Hutan simpan Hulu Gombak,Selangor
-Hutan simpan Sepilok,Sabah
-Hutan simpan Bukit Lama,Sarawak
-Taman negar Kinabalu,Sabah
-Taman negara,Pahang
c)Penanaman berteres
Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah,kelapa sawit dan teh.Untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit
d)Tanaman tutup bumi
Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit.Untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
e)Penggunaan baja organik
Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan pengunaan baja kimia
f)Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit di negara ini menggunakan kaeah biologi untuk mengawal makhluk perosak.Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar
g)Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan para petani tradisional yang mengaamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman kepada pertanian tetap.
h)Melandaikan cerun dan membuat tarahan
Kini,pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
i)Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit
Tembok konkrt dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah.
PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memrlukan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran.Dalam konteks ini,kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut:
a)Penjagaan alam sekitar
b)Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar
c)Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan
d)Kepentingan tehadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar
e)Iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar
f)Penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber asli
g)Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa
RUJUKAN
1)http://www.slideshare.net/JannApoik/pencemaran-alam-semula-jadi
2)https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
3)https://prezi.com/993e_emyh2my/pembangunan-dan-alam-sekitar/
4)https://ibrahimkomoo.com/2015/05/28/pembangunan-alam-sekitar/
5)https://www.youtube.com/watch?v=nmHj41fAN1o
6)https://ms.wikipedia.org/w/index.php?search=KESan+pencemaran&title=Khas:Cari&go=Pergi&searchToken=2enujrow7u0n7znh05evtz912
7)Buku Pengajian Malaysia
No comments :
Post a Comment